Navi: Perkhidmatan Perkhidmatan Pelanggan Kaunter

Perkhidmatan Kaunter

E-mail Print PDF

 

 

 

 

 

 

Antara Perkhidmatan PTAR 3 adalah seperti berikut:


1. Pinjaman

a. Pelanggan perpustakaan boleh membuat pinjaman buku sendiri dengan menggunakan masin pinjaman layan diri / Self-Check Machine dan menyimpan resit pinjaman sebagai bukti transaksi.

b. Kelayakan Pinjaman Buku

Tempoh pinjaman bahan adalah berbeza mengikut kategori keahlian.

KATEGORI KEAHLIAN

DESKRIPSI

JUMLAH PINJAMAN BIASA

TEMPOH PINJAMAN

Staf Akademik

Sepenuh Masa

30

28 hari

Kontrak

12

28 Hari

Sambilan

4

28 Hari

Sementara

4

28 Hari

Pemeriksa Luar

4

28 Hari





Staf Bukan Akademik

Sepenuh Masa

10

28 Hari

Kontrak

4

28 Hari

Sambilan

2

28 Hari

Sementara

2

28 Hari





Jurulatih / Tutor

Sepenuh Masa

6

28 Hari

Kontrak

6

28 Hari

Sambilan

2

28 Hari

Sementara

2

28 Hari





Pelajar

Sepenuh Masa

20

14 hari

PJJ/ FLP/PLK

20

14 Hari

Sijil / Pra

10

14 Hari

Sarjana

40

28 Hari

Kursus profesional

20

28 Hari

PhD

60

28 Hari

Ahli Luar

Ahli korporat/ alumni/ pesara/ kursus pendek/ pegawai kedutaan

4

28 Hari

2. Pemulangan

Buku yang telah dipinjam, hendaklah dipulangkan di perpustakaan di mana buku tersebut dipinjam dengan berurusan di kaunter pemulangan


3. Pembaharuan Bahan

Pengguna boleh membuat pembaharuan pinjaman melalui kaunter sirkulasi dan Portal PTAR.  Pembaharuan boleh dilakukan selagi tiada tempahan terhadap buku tersebut dilakukan.


4. Tempahan Bahan

Tempahan bahan hanya dibuat sekiranya bahan tersebut telah dipinjam oleh pengguna lain. Apabila bahan tersebut dipulang, pengguna yang membuat tempahan bahan akan dimaklumkan melalui emel dan sms, manakala bahan akan ditempatkan di kaunter pinjaman (ruang bahan ditempah) dalam masa 7 hari.


5. Pinjaman Antara Perpustakaan

Permohonan pelanggan PTAR untuk meminjam bahan dari perpustakaan luar dan dalam


6. Denda Lewat Pemulangan Bahan

Denda lewat pemulangan hanya dikenakan kepada pelajar dan ahli luar sahaja sebanyak dua puluh sen (RM0.20 sehari) untuk sebuah buku. Bayaran kelewatan pemulangan bahan yang dikenakan ke atas pelajar sebanyak dua puluh sen (RM 0.20) sehari selepas tamat tarikh pemulangan. Akaun pelajar akan disekat jika jumlah denda mencapai maksimum lima ringgit (RM 5.00).  Pelajar perlu menjelaskan bayaran denda sebelum tamat pengajian/konvokesyen.


7. Pendaftaran Keahlian

Pendaftaran keahlian secara manual yang dilakukan dengan mengisi Borang Data Pelanggan.


8. Sewaan lokar

Perpustakaan menyediakan kemudahan lokar untuk kegunaaan pelanggan.Terdapat dua jenis lokar iaitu:


i. Lokar Berkunci

a.    Hanya diperuntukkan kepada  staf dan pelajar UiTM sahaja.

b.    Sewaan sebanyak RM10.00 untuk satu semester dan dikehendaki membuat bayaran di kaunter Bendahari UiTM. Resit perlu diserahkan ke Kaunter Perkhidmatan Pelanggan.

c.    Pelanggan dibenarkan menyewa 2 semester berturut-turut sahaja bagi memberi peluang kepada pelanggan lain.

d.    Pelanggan dikehendaki memulangkan kunci lokar pada setiap akhir semester


ii.   Lokar Terbuka

Boleh digunakan oleh semua pelanggan perpustakaan tanpa sebarang bayaran.